Friday 13 April 2012

APA PANDANGAN CIKGU SEKALIAN??..(",)

POST-MORTEM UJIAN SARINGAN SATU 2012
BAGI TAHUN 6 DI SK LEMAL, PASIR MAS, KELANTAN

SUBJEK MATEMATIK

Jumlah calon yang menduduki Ujian Bulan Februari 2012 bagi Tahun 6 ialah seramai, 17 orang murid yang mendapat A iaitu sebanyak 16.3%. Murid yang mendapat B seramai 32 orang dan C seramai 26 orang. Jumlah murid yang gagal ialah seramai 29 orang iaitu 27.9%, dengan D seramai 16 orang dan E seramai 13 orang. Pencapaian menunjukkan peningkatan jika dibandingkan dengan pencapaian TOV. Keadaan ini adalah disebabkan oleh kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada setiap kelas.


KEKUATAN
Ø  80% murid dapat mengenal, menyebut dan menulis nombor dalam angka dan perkataan.
Ø  Murid dapat menambah/menolak secara spontan
Ø  75% murid menguasai fakta asas tambah, tolak darab dan bahagi.
Ø  Guru yang mengajar subjek matematik adalah yang berpengalaman dan bermotivasi.
Ø  Guru berkebolehan dalam penggunaan ICT dan dapat menggunakan perisian interaktif yang dibekalkan oleh kementerian.
Ø  Pengembelengan tenaga daripada guru dan sokongan padu daripada ibu bapa dalam pemantauan kerja rumah turut menyumbang kepada pencapaian prestasi yang tinggi.

KELEMAHAN
Ø  Masih ada segelintir murid yang tidak dapat membaca dan menulis dengan baik menyebabkan mereka tidak dapat menulis nombor dalam perkataan.
Ø  Sebilangan murid tidak dapat menguasai fakta asas tambah dan tolak dengan lancar.
Ø  Sebilangan murid tidak memahami arahan dan kehendak soalan kerana tidak boleh membaca.
Ø  Murid lemah dalam operasi darab yang melibatkan dua nombor empat digit dan dua digit atau tiga digit.
Ø  Murid tidak mahir untuk menyamakan penyebut pecahan dalam operasi tambah dan tolak. Murid tidak mahir menukarkan unit/formula dalam soalan matematik.
Ø  Murid mengalami kesukaran dalam soalan penyelesaian masalah kerana tidak dapat mentransformasikan ayat dalam perkataan ke ayat matematik.
Ø  Murid sukar menyelesaikan operasi bahagi melibatkan pembahagian dua digit.
Ø  Purata keramaian murid yang melebihi 40 orang dalam satu kelas menyukarkan guru menumpukan perhatian kepada murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran.
Ø  Segelintir murid yang tidak bermotivasi  yang tinggi dan malas untuk menyiapkan kerja rumah dan ini menyebabkan mereka gagal kerana tidak mempunyai latihan yang mencukupi.
Ø  Murid masih lagi lemah dalam membuat penukaran unit.
Ø  TOV murid yang rendah menyebabkan terpaksa mengambil masa untuk tingkatkan prestasi.
Ø  Pendedahan terhadap soalan berbentuk peperiksaan masih lagi kurang.
Ø  Murid tidak dapat kaitkan dengan pembelajaran yang lepas.

STRATEGI
Ø  Memperbanyakkan latihan/latih tubi bagi pelajar kelas teratas.
Ø  Mengadakan kelas intensif siang dari awal tahun lagi.
Ø  Memulakan kelas dengan mengadakan sesi soal-jawab secara spontan berkaitan fakta asas.
Ø  Mengadakan sistem ganjaran bagi murid yang berjaya.
Ø  Memberikan ceramah motivasi untuk murid dan ibu bapa.
Ø  Mengadakan bahan Bantu mengajar yang menarik dan mencukupi bagi membina aliran pembelajaran murid.
Ø  Mewujudkan sudut/galeri matematik di sekolah dan di setiap kelas dan memastikan berfungsi dengan baik.
Ø  Murid mesti mempunyai buku nota bagi mencatat istilah atau perkataan yang tidak difahami.
Ø  Menyediakan senarai semak murid yang lemah bagi tindakan yang selanjutnya.
Ø  Mendapatkan buku-buku rujukan dan latihan yang bermutu untuk kegunaan guru dan murid.
Ø  Mewujudkan fakta-fakta asas darab di sekitar kawasan sekolah.
Ø  Mengadakan solat hajat bagi murid dan ibu bapa.
Ø  Program Bijak Sifir.
Ø  Mengadakan jadual belajar harian.

2 comments: